LOVE Vs FRIENDSHIP

Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust
Love is when you feel like you are the only two around

Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart

Friendship is being close even when you are far apart
Love is when you can still feel their hand on your heart when they are not near

Friendship is hoping that they experience the very best
Love is when you bring them the very best

Friendship occupies your mind
Love occupies your soul

Friendship is knowing that you will always try to be there when in need
Love is when you will give up everything to be at their side

Friendship is a warm smile in the winter
Love is a warming touch that sends a pulse through your heart

Love is a beautiful smile to which nothing compares
A tender laugh, which opens your heart
A single touch that melts away your fears
A smell that reminds you of the tenderness of heaven
A voice that reminds you of the innocence of youth

Friendship can survive without love
Love cannot live without friendship

 

Advertisements

MENCARI KIBLAT

 

 

 

Ke arah mana hala tuju

Bagi seorang insan yang ternoda

Terlalu mencari keindahan dan kemewahan dunia

Bagaikan hidup tiada kesudahannya

Tak peduli apa itu dosa

Azab seksa yang maha Esa

Bagaikan lautan api neraka

 

Terlena pada godaan dunia

Pentas ciptaan manusia

Terlupa pada segalanya

Syaitan yang kini sudah beraja

Di lubuk sanubari manusia

Bagaikan musuh dalam selimut

 

Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman pada sanubari

Moga dapat merasai

Betapa agungnya kuasa Allah

Itulah pencipta alam yang maha Esa

Dan yakinlah wahai insan kau akan dirahmatiNya

 

Harus kau percaya dengan pasti

Dunia tak kekal abadi

Hanya menguji cekalnya hati

Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui

Andai teguh keimananmu

Pasti bahagia menanti

Di akhirat sana menanti

kemanisan dan kebahagian buatmu 

wahai insan dunia

CABARAN MENDEWASAKAN KITA

UMPAMA pepatah “langit tidak selalu cerah” begitulah untung nasib manusia. Justeru, dalam meniti detik perjalanan hidup, pasti ada pada masanya kita akan mengalami erti kesengsaraan dan kekecewaan. Bahagia dan ketenangan hati yang dikecap sekian lama umpama lenyap begitu saja.  Tiada siapa yang menyangka, dengan sekelip mata kita mungkin kehilangan orang dikasihi. Ibu bapa atau ahli keluarga meninggal dunia akibat kemalangan. Kisah lain mungkin kita dibuang kerja atau perniagaan yang diharap menampung kehidupan keluarga akhirnya muflis. Atau pun berdepan dengan kegagalan di medan ilmu.

Kebanyakan kita mungkin kecewa, sedih dan tertekan pada mulanya, fikiran buntu mengenangkan kehidupan diri dan keluarga selepas itu.Lebih ditakuti apabila akhirnya menyalahkan takdir, malah sudah ada cerita dan kes di negara ini atau di negara lain, si polan membunuh diri atau melakukan perkara yang tidak waras akibat tekanan hidup.

Ramai yang mudah berputus asa daripada memikirkan cara menangani masalah dan ujian itu. Masalah sebegini walaupun tidak dapat diatasi, mereka harus menerimanya dengan reda dan yakin pasti ada hikmah di sebalik peristiwa pahit itu. Mungkin hikmah itu terselindung di sebalik kebendaan duniawi, tetapi tidak di sisi Allah kerana manusia beruntung adalah yang mendapat keredaan-Nya. Jika kita menjadikan akhirat dan reda Allah itu sebagai matlamat, maka segala ujian bersifat keduniaan dianggap remeh saja.

Allah adalah pencipta manusia, maka Dia mengetahui bahawa pasti ada hamba-Nya yang akan bersedih akibat mengalami “zaman kejatuhan”. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah bersedih antaranya apabila diusir dan dikasari penduduk Taif sehingga kepalanya berdarah, ketika cuba berdakwah selepas kematian isteri, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukashafah al-Qulb: menerangkan barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, dapat pahala dan rahmat-Nya serta masuk syurga, hendaklah dia menahan nafsu terhadap keinginan dunia, selain sabar menghadapi kesulitan dan musibahnya. Sebagai insan yang mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya, yakinlah bahawa segala kesulitan yang dihadapi dengan sabar tidak membawa sebarang kerugian. Ia sebenarnya peluang untuk mendekatkan diri dengan pintu syurga.

Sedarlah, kita mungkin ditimpa kesulitan, tetapi bersyukurlah kerana masih hidup dan memiliki kudrat untuk merubah kesulitan itu berbanding insan lain yang lebih berat tekanan dan dugaannya.

Adakah kesulitan kita itu lebih pedih daripada kesulitan ditanggung nabi dan wali Allah? Adakah sakit kita itu lebih teruk daripada penyakit Nabi Ayub? Adakah susah kita itu lebih teruk daripada cabaran dihadapi Rasulullah?

Yakinlah di sebalik kesusahan yang dihadapi, pasti ada insan lain yang lebih sukar kehidupannya. Ketika sedih. Fikirlah mengenai kebahagiaan yang sudah lama diperoleh, tetapi kesenangan itu mungkin membuatkan kita terlalai.  

Justeru, adulah segala kegelisahan yang menjelma, kesulitan yang membuntukan dan kesedihan yang tidak terzahir kepada Allah. Pohonlah dengan penuh tawaduk dan berharap kepada-Nya di samping berusaha mengubah keadaan, nescaya Dia perkenankan. Hal ini kerana itulah janji Allah menerusi firman-Nya bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah al-Mukminun, ayat 60)

NOTA HIDUP

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat.
  • Sabar apabila mendapat kesulitan.
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/program.
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  • Berdoa ketka memohon petunjuk dariNya.
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
  • Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan.
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
  • Jangan usil dengan kekayaan orang.
  • Jangan hasad dan iri hati atas kesuksessan orang.

JUST READ, THINK ABOUT IT…

Life is like a mountain.

In order to succeed, you must reach the top.

There are some people who are too weak and don’t know what to do.

Then there are the people who bring everything that they might need, and get lost because they are too determined.

But then, there are those people who only bring one tool, themselves.

They succeed. Why??? Because they believed in themselves.

 

TEKA-TEKI SENGAL

hahahahaha…meh baca TEKA-TEKI nih..

Teka-teki :
HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :
SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :
antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang
paling tinggi?
Jawapan :
kuih lepat liat la…sebab kapal terbang sampai langit je,tp
kuih lepat
liat sampai LELANGIT…

Teka-teki :
byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :
kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah dia?
Jawapan :
Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :
MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :
LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY.

Teka-teki :
dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :
kerani.

Teka-teki :
bukak baju, pakai bedak, apakah ia?
Jawapan :
pisang goreng.

Teka-teki :
kapal terbang masuk gua, keluar apa?
Jawapan :
keluar paper la…..

S@L@m PerKen@L@N

assalamualaikum,

salam perkenalan buat semua pengunjung blog…sy baru je buat blog ni…lum ada apa2 yg istimewa dan bermanafaat nak dimuatkan buat masa kini.

apa pun skrg adalah saat genting buat kita semua as a student nak siapkan sume assgmt yg tertangguh…

so gud luck to all of u and do our best

wassalam.